• Jln Pupuk Teluk Kalong, Kemaman
  • Tel: 09-863 3605

Sunathon Kijal 2019 Meriah

Kemaman, 22 November – Kemeriahan Sunathon Kijal 2019 diraikan bersama 93 peserta program berkhatan beramai ramai di Darul Iman Training Centre (DITC).

Para ibubapa mengambil peluang sempena cuti persekolahan hujung tahun yang panjang ini bagi mengkhatankan anak-anak mereka.

Sebelum itu para peserta dibawa untuk dimandikan oleh pasukan bomba, diarak dengan motor berkuasa tinggi dan diperlihatkan dengan pertunjukan silat bagi menghilangkan rasa gemuruh mereka.

Program anjuran Lajnah Kebajikan MTD Kijal dengan kerjasama IMITS Kijal dan DITC ini telah dirasmikan oleh Pengarah MTD Kijal Ustaz Hazri Jusoh yang juga selaku Pegawai Penyelaras Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal.

Ketua Pegawai Eksekutif DITC Suhaimi Embong yang ditemui berkata program ini akan dimasukkan didalam taqwin DITC sebagai agenda tahunan di tempat beliau.

“InsyAllah kita akan jadikan program ini sebagai program wajib tahunan di DITC,”

“Seterusnya dapat mempromosikan DITC ini sebagai tempat yang serbaguna selain dari menjadi tempat latihan untuk kakitangan kerajaan dan swasta,” kata beliau.

“Selain dari itu, kita juga menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, majlis kesyukuran, konvensyen dan sebagainya,” ujar beliau lagi.

Tular