• Jln Pupuk Teluk Kalong, Kemaman
  • Tel: 09-863 3605

Nama ‘Dato’ Seri Tuan Guru’ diabadikan

Oleh Khairul Azlam Mohamad

KEMAMAN: Dunia hari ini telah menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu keperluan yang wajar diperluaskan.

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ‘trend’ itu sedang berkembang termasuk di negeri Terengganu.

Oleh itu, katanya kerajaan berharap agar Darul Iman Training Centre (DITC) ini dapat memainkan peranan yang sesuai sebagai sebuah pusat latihan modal insan di Terengganu.

“Bertepatan dengan peranan DITC sebagai tempat pembangunan modal insan dan pembelajaran sepanjang hayat, nama-nama tokoh ilmuan telah diletakkan sebagai simbolik kepada bangunan di DITC.

“Sebuah surau di DITC ini dinamakan Surau Sheikh Abdul Malik iaitu tokoh ulama” Terengganu yang terkenal dengan panggilan ëTok Ku Pulau Manisí.

“Pada hari ini, kita mengangkat seorang lagi namatokoh ulamaí, yang bukan sahaja terkenal di Terengganu.

Bahkan, diiktiraf di peringkat antaraabangsa iaitu Datoí Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Datoí Seri Tuan Guru, di Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalong, Kijal, Kemaman, 15 Januari lalu.

Menurutnya, Tuan Guru Abdul Hadi bukan sahaja seorang ulamaí yang bergiat aktif dalam bidang pendidikan dan intelektual.

Bahkan, katanya tokoh itu juga terlibat dalam sektor pentadbiran dan pengurusan kerajaan sebagai Menteri Besar Terengganu ke-11.

Hadir sama pada majlis itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfouz Mohamad, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato’ Husain Awang dan ramai lagi.

Video:

[LIVE NOW]15 Januari 2019(Selasa)Majlis Makan Tengahari & Perasmian Dewan Dato' Seri Tuan GuruTempat:Darul Iman Training Centre (DITC) Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu Darul Iman.#TerengganuMajuBerkatSejahtera#MediaMB#TVDarulIman#UPDI

Posted by TV Darul Iman on Monday, January 14, 2019

Tular