Darul Iman Training Centre telah mengadakan Kursus Asas Fasilitator di bawah bimbingan oleh jurulatih terkenal, Puan Nora Ibrahim pada 23 November 2019 bagi mencari tenaga fasilitator yang mahir, cergas dan terlatih untuk program-program latihan di bawah kendalian DITC. Pelbagai modul dikendalikan sepanjang kursus sebagai latihan awal kepada para fasilitator.