• Jln Pupuk Teluk Kalong, Kemaman
  • Tel: 09-863 3605

Kursus Dasar Integriti Darul Iman Siri 1

TELUK KALONG, 14 JULAI 2020 – Darul Iman Training Centre (DITC) menjadi penganjur bersama selaku tuan rumah bagi Program Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) Siri-1 yang akan dijalankan sebanyak 21 siri bermula minggu ini.

Program siri pertama ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam ini melibatkan hampir 120 orang peserta daripada kalangan penjawat awam Negeri Terengganu dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK)
(Pengurusan Sumber Manusia), Terengganu Strategik & Integriti Institute (TSIS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS).

Turut hadir Dr Wan Mat bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif TSIS, En Mohd Shuhaimi Embong, Ketua Pegawai Eksekutif DITC bagi melihat dan memantau perjalanan program.

DITC mempelawa kepada mana-mana agensi untuk melakukan program latihan di DITC.

Tular