• Jln Pupuk Teluk Kalong, Kemaman
  • Tel: 09-863 3605

Info

Darul Iman Training Centre (DITC)

Pasti anda akan teruja apabila datang ke DITC dan pasti akan datang lagi!

ditc-pengenalan

Darul Iman Training Centre (DITC) ianya merupakan satu-satunya pusat latihan yang berkonsepkan hotel dan juga digabungkan dengan persekitaran yang cantik. Dihiasi dengan keindahan pantai, pokok kelapa dan pokok pine yang melambai-lambai dengan angin yang menderu dari Laut China Selatan. Damai dan tenang, terletak di Pantai Timur Terengganu dan hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Kerteh manakala mengambil masa 30 minit dari Cherating.

Pelbagai acara boleh diadakan di sini seperti bengkel, kursus, seminar, majlis perkahwinan, mesyuarat, kelas, latihan dan sebagainya dengan kadar sewaan berpatutan. Kemudahan yang lengkap disediakan untuk program yang akan diadakan.

“Menjadi Pusat Kecemerlangan Latihan Hibrid ala Resort”

Kenapa Anda Perlu Memilih DITC?

Kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik disediakan kepada anda!

Pemandangan yang cantik

Terletak di tepi pantai yang cantik, tenang dan memukau pandangan.

Kemudahan yang lengkap

Menyediakan kemudahan yang lengkap untuk sebarang aktiviti
sama ada indoor atau outdoor

Penginapan yang selesa

Satu-satunya pusat latihan yang menyediakan hotel untuk menginap

Harga yang berpautan

Kadar sewa yang berpautan diberikan tidak kira agensi kerajaan, swasta malah persendirian