• Jln Pupuk Teluk Kalong, Kemaman
  • Tel: 09-863 3605

Hari Keluarga DITC 2019 Meriah

DITC mengambil ruang untuk memperkasakan semangat kerja berpasukan di samping memperkukuh ikatan ukhuwwah di kalangan kakitangan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga 2019 selama 2 hari pada 26 dan 27 Disember 2019. Semua warga kerja DITC seramai 49 orang hadir bersama ahli keluarga masing-masing menginap selama 2 hari di DITC.

Program dimulakan dengan pertandingan bowling di Mesra Mall, Kerteh dan sesi berkenalan sambil makan malam di sebelah malam. Program diserikan lagi dengan acara sukaneka sepanjang hari pada keesokan harinya.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Shuhaimi bin Embong, CEO DITC.

Turut memeriahkan acara dengan penyertaan dari rakan-rakan niaga, katering dan pihak media.

 

Tular