• Jln Pupuk Teluk Kalong, Kemaman
  • Tel: 09-863 3605

Category Archives: Uncategorized

DITC Anjur Seminar Untuk Tingkatkan Khidmat Pelanggan di Terengganu

KEMAMAN – Darul Iman Training Centre telah menganjurkan Seminar Khidmat Pelanggan 2019 di DITC pada 30 Oktober 2019. Seminar ini dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan, syarikat GLC dan swasta antaranya kakitangan-kakitangan Pejabat-pejabat Khidmat Masyarakat, Paya Bunga Hotel, Duyong Marina Resort, PERTIMA, EPIC dan KOPERAT.

Sesi seminar dikendalikan oleh pakar perunding dan jurulatih terkenal, Tn. Hj Shahrul Azrin Aziz dari Global Partner Solutions Sdn Bhd. Beliau merupakan jurulatih bertauliah HRDF, NLP (Malaysia) dan Lego® Serious Play® (Denmark).

Seramai 40 peserta memenuhi Bilik Seminar DITC setelah sesi Seminar Khidmat Pelanggan tertutup yang turut diadakan untuk kakitangan DITC pada 29 Oktober 2019.

Seminar diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh En. Mohd Shuhaimi Embong, CEO DITC.

Membina Usahawan Haraki

Tuan CEO DITC, En. Mohd Shuhaimi bin Embong memenuhi jemputan sebagai ahli panel diskusi “Membina Usahawan Haraki” dalam Konvensyen Usahawan Haraki yang berlangsung pada hari ini di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.

Turut bersama beliau di pentas sebagai panel ialah Tn. Hj. Faudzi dan moderator , Tuan Hj. Sabri, mantan CEO Kulim Hitech.

Sembang Santai Usahawan bersama YB Hj. Khuzz

Program Sembang Santai Usahawan Bersama YB Hj. Khuzz anjuran DITC dengan kerjasama PEKERTI dan Rest Corner.

Terima kasih di atas kehadiran para usahawan Kemaman menghidupkan sesi santai dua hala bersama YB. Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Ab Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Penjaja.

Turut hadir ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik dan Ustaz Hazri Jusoh, Ahli Lembaga Pengarah DITC.

Sesi Sembang Santai Usahawan bersama YB Hj. Khuzz dikendalikan sendiri oleh Tuan CEO DITC, En. Mohd Shuhaimi bin Embong sebagai moderator.

Dengan adanya program ini dan kehadiran YB EXCO bersama pegawai-pegawai daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dapat membantu penyaluran maklumat berkaitan pembangunan usahawan di Terengganu.

Tekad Cari Hidayah, 150 Mak Nyah Sertai Kem Ibadah

KEMAMAN, 21 Ogos – Seramai  150 orang ‘mak nyah’ dan ‘gay’ menyertai Kem Ibadah Golongan Mak Nyah Peringkat Kebangsaan 2019 yang dianjurkan oleh Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan bersama Persatuan Insaf Pahang.

Program yang berlangsung 3 hari 2 malam bermula 16 hingga 18 Ogos yang lalu, bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman, Terengganu bertujuan membuka ruang untuk mereka (Maknyah) memperbaiki diriya dan membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini di samping ingin menyedarkan mereka bahawa masyarakat mengambil berat tentang mereka.

Pengarah Program, Dr Samsul Draman berkata, program ini bukan sekadar ingin menyedarkan golongan ini, tetapi menyedarkan masyarakat  kita sendiri dengan mengubah mentaliti kita terhadap golongan ini.

Dalam pada itu, ingin melatih pelajarnya untuk berhadapan dengan golongan ini apabila mereka mula bekerja dalam dunia perubatan nanti.

“Golongan ini adalah masyarakat yang boleh berubah kembali ke normal, penyakit sebenar mereka ialah dari hati, jika masalah fizikal diberi makan ubat, penyakit ini perlu diubat ubat melalui hati.

“Hospital lebih fokus kepada penyakit fizikal, golongan agama fokus kepada hati, jadi kami integrasikan dua golongan ini bagi mengubati penyakit mereka ini.

“Ada dari mereka meluahkan berkenaan sikap doktor-doktor yang ada hari ini melayan mereka seperti sampah disebabkan latar belakangnya. Masyarakat kita melihatnya dari sudut negatif  tanpa memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubunginya hari ini.

Tambah beliau, terdapat sesetengah jabatan yang membuat program seperti ini, tapi tidak mengambil langkah susulan selepas program, akhirnya golongan ini kembali ke tempat asal mereka.

“Kita dapati terdapat beberapa jabatan yang mengadakan kem pemulihan ini, itu bagus, tapi tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka (Maknyah), akhirnya mereka kembali ke tempat asal kerana ingin dapatkan punca pendapatan, kita kena bantu merka secara keseluruhan.

“Setiap minggu kami akan adakan kelas mengaji di Indera Mahkota 2, pengajarnya bekerja secara sukarela. Kami sentiasa ‘follow up’ mereka supaya mereka tidak terjerumus dengan kegiatan songsang mereka sebelum ini.

“Kami juga bantu mereka dari segi kewangan dan juga kerohanian. Kita nak bagitahu mereka yang kita tidak tinggalkan mereka”.

Program ini merupakan program tahunan yang bermula sejak tahun 2011. Bilangan peserta semakin menaik dari tahun ke tahun, bermula dari 30 orang, kini mencecah 150 orang.

Menurut penganjur, pada tahun depan program ini akan dibuat di peringkat asia yang mana Malaysia akan mengetuai dan menjadi tuan rumah di mana mereka (penganjur) sudah ada pertalian dengan agensi-agensi ini di seluruh  negara asia.

Program ini dikendalikan oleh 40 orang pelajar  yang bekerja secara sukarela sepanjang program, 33 pelajar perubatan tahun empat UIAM Kuantan dan 7 pelajar dari USM.

Antara penaja dari agensi Kerajaan Negeri Terengganu pada program kali ini ialah Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Darul Iman Training Centre (DITC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Program ini juga mendapat kerjasama yang baik oleh pelbagai pihak antaranya ialah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, T-Fitrah, Yayasan Islam Terengganu dan banyak lagi.

 

Sumber: teganukita.net

DITC Promosi Bilik Buat Peserta Mujahid Siber

KEMAMAN: Darul Iman Training Center (DITC) mengalu-alukan kehadiran peserta Ijtimak Siber dari seluruh negara pada 16 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DITC, Mohd Shuhaimi Embong berkata, tawaran harga bilik istimewa bermula dari RM50 hingga RM60 sebilik diberi khas kepada peserta untuk menginap di sini.

DITC katanya terletak di Telok Kalong, Kemaman tidak jauh dari Dewan Berlian, lokasi ijtimak tersebut.

Mereka yang menginap di sini boleh menikmati panorama menarik Pantai Telok Kalong di mana DITC miliki “private beach” yang menjanjikan kemeriahan berganda buat pengunjung.

Sekitar kawasan ini pula terdapat kedai-kedai makan, ikan celup tepung istimewa di Pantai Telok Kalong dan Kijal, selain tidak jauh dengan Pelabuhan Kemaman untuk pengunjung mendapatkan keropok lekor sebagai buah tangan pulang ke negeri masing-masing.

Bagi sebarang tempahan bolehlah melayari websites www.ditc.my

Boleh menghubungi talian 019-9286889 Afdharuddin untuk tempahan. – HARAKAHDAILY 7/2/2019