• Jln Pupuk Teluk Kalong, Kemaman
  • Tel: 09-863 3605

Category Archives: Berita

Kursus Dasar Integriti Darul Iman Siri 1

TELUK KALONG, 14 JULAI 2020 – Darul Iman Training Centre (DITC) menjadi penganjur bersama selaku tuan rumah bagi Program Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) Siri-1 yang akan dijalankan sebanyak 21 siri bermula minggu ini.

Program siri pertama ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam ini melibatkan hampir 120 orang peserta daripada kalangan penjawat awam Negeri Terengganu dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK)
(Pengurusan Sumber Manusia), Terengganu Strategik & Integriti Institute (TSIS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS).

Turut hadir Dr Wan Mat bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif TSIS, En Mohd Shuhaimi Embong, Ketua Pegawai Eksekutif DITC bagi melihat dan memantau perjalanan program.

DITC mempelawa kepada mana-mana agensi untuk melakukan program latihan di DITC.

Rangkaian 7 Cawangan Klinik Pergigian Syarifah Bermukim di DITC

Terima kasih rangkaian Klinik Pergigian Syarifah yang telah bermukim di DITC dari 7 cawangannya di Terengganu dan Pahang bagi menjalankan kursus team building selama 3 hari di DITC pada 7-9 Februari 2020. Kami turut teruja dengan latihan dan motivasi jurulatih dan semangat para peserta.

Kami di DITC sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat dan kmudahan yang terbaik untuk latihan anda.

Berminat untuk menganjurkan latihan di DITC? HUBUNGI kami di 098633605.

Seminar Magnet Rezeki di Pantai Timur

Seminar Magnet Rezeki di Dewan Dato’ Seri Tuan Guru telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Februari lalu dengan kehadiran lebih 800 usahawan dan para peserta dari seluruh negara.

Terima kasih kepada Dato’ Suhaili dan Tim beliau. Tidak lupa juga kepada penulis, speaker dan Pengasas Magnet Rezeki, Tuan Nasrullah yang diterbangkan jauh dari Indonesia.

Tuan Mohd Shuhaimi bin Embong, CEO DITC telah merasmikan program tersebut dan turut bersama meraikan para tetamu sepanjang hari seminar berlangsung.

Semoga usaha membantu masyarakat Muslim mencari rezeki yang barakah ini sentiasa diberkati Allah dan dipermudahkan urusan. Amin.

1 2 3 7