• Jln Pupuk Teluk Kalong, Kemaman
  • Tel: 09-863 3605

Bajet RM2 juta bangunkan DITC

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM2 juta bagi membangunkan Darul Iman Training Centre (DITC) dalam Belanjawan 2019.

Pengerusi DITC, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Amman Razali berkata, jika di peringkat Persekutuan ada Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) tetapi di negeri ini mempunyai DITC.

“Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun beroperasi, DITC kini semakin mendapat perhatian agensi-agensi negeri dan swasta, sehingga kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta untuk pembangunan DITC dalam belanjawan negeri 2019.

“Jika di peringkat Persekutuan ada INTAN, bagi negeri Terengganu DITC bakal memainkan peranan yang sama, dengan pembangunan modul dan silibus sendiri menuju ke arah Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.

Teks ucapan beliau itu dibaca oleh dengan pembangunan modul dan silibus sendiri menuju ke arah Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya. Teks ucapan beliau itu dibaca oleh Ahli Lembaga Pengarah DITC, Profesor Dr Wan Mat Sulaiman ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Dato’ Seri Tuan Guru, di Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalong, Kijal, Kemaman, 15 Januari lalu.

Menurutnya, DITC menyahut seruan kerajaan negeri yang memandang serius berkenaan proses penerapan nilai syariat, dalam proses pentadbiran dan pemerintahan di Terengganu.

Bahkan, kata beliau merupakan suatu perkara yang sangat besar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian rakyat.

“Ini bertepatan dengan prinsip pertama, Pelan Induk Terengganu Sejahtera (Pitas) iaitu pematuhan kepada prinsip Islam.

“Pitas ini akan menjadi panduan pembangunan dalam semua sektor di negeri Terengganu agar mengikut piawaian syariat Islam,î jelasnya.

Manakala, katanya prinsip kedua pula adalah untuk melahirkan insan berkualiti sebagai aset terpenting negeri.

Menurutnya, gabungan kedua-dua prinsip itu bakal melahirkan sebuah organisasi yang berkat dan sejahtera.

Sebelum itu, beliau menjelaskan DITC dahulunya dikenali sebagai Pusat Pupuk Semangat Negeri Terengganu (PUPUK) dan ditubuhkan pada 7 Februari 1982, kira-kira 36 tahun lalu.

Pada tahun 1999, PUPUK ditukar kepada Akademik Pembangunan Insan (API) dan bertukar lagi menjadi International Training Centre (ITC), sebagai kampus kedua Kolej Universiti TATI (TATIUC) pada tahun 2008 hingga 2015.

Manakala, pada April 2016, DITC diserahkan kepada TSI (Terengganu Integrity Stretegic Studies Institute) dan selepas setahun DITC berdiri sendiri dengan tertubuhnya darul Iman Training Centre Sdn Bhd pada 9 Januari 2017.

Tular